Apr 11, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa..


Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.


Sejarah Hikayat Merong Mahawangsa..
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.



Beberapa unsur Pensejarahan Melayu Tradisional Dalam HMM..

Pengarang karya sastera sejarah tradisional menggunakan berbagai-bagai unsur mitos dan lagenda untuk dijadikan sebagai bukti subjektif dalam penulisannya. Bila hikayat itu menceritakan tentang sesuatu yang lebih dekat dengan zaman kini, barulah bukti objektif seperti unsur realiti dan sejarah sebenar dipakai.
Dalam HMM kita bertemu dengan berbagai-bagai unsur mitos yang berasal daripada pengaruh Hindu dan juga setempat. Pengaruh-pengaruh yang berbeza juga dipertentangkan supaya ternampak yang satu lebih mengatasi yang lain. Burung geroda, binatang mitis hindu kenderaan Visynu dipertentangkan dengan kuasa Allah menerusi Nabi Allah Sulaiman. Unsur mitos Hindu dan animisme seperti gajah sakti, anak raja yang ditemui dalam buluh betung dan dalam sungai, mitos asal usul tempat dan lain-lain semuanya dikemukakan dengan cara yang teratur dan bertujuan memberikan asal usul raja Kedah gambaran yang agung dan gemilang.
Cerita-cerita di sekitar Raja Bersiung adalah contoh penggemblengan unsur mitos Hindu dan unsur perlambangan untuk memberikan asal usul raja-raja Kedah suatu pewarnaan keagungan dan kehebatan.
Penggemblengan unsur realiti dan mitos tergambar dalam gaya pengarang menceritakan bagaimana terjalinnya perhubungan antara Kedah dengan Siam. Dengan cara yang menarik, pengarang tidak menafikan bahawa Siam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari Kedah dan mengaku Kedah menghantar bunga mas dan perak kepada Siam. Tetapi pujangga istana Kedah menjelaskan peristiwa-peristiwa ini berlaku dengan pendekatannya yang tersendiri tanpa menjejaskan kedaulatan negeri Kedah.
Telah dijelaskan dari awal bahawa perhubungan antara negeri Kedah dengan Siam adalah berasaskan ikatan kekeluargaan antara adinda bongsu dengan kekanda sulung. Dengan mudah dapat diterima mengapa permaisuri Raja Bersiong dan menteri keempat meminta bantuan dari Siam bila menghadapi masalah mencari orang yang sesuai untuk dijadikan raja, menggantikan Raja Bersiong.
Pengarang tidak mengatakan Raja Siam terus membantu tetapi Raja Siam berunding dengan ahli nujum dan meminta pihak ketiga, iaitu gajah sakti, untuk menyelesaikan masalah itu. Dengan menggunakan unsur-unsur yang wujud dalam sistem kepercayaan masyarakat, pengarang menyatakan tugasnya sebagai pujangga istana yang bertanggungjawab.
Keunggulan HMM makin terserlah dalam pengisahan kedatangan Islam ke negeri Kedah dan proses penyesuaian dari amalan menyembah berhala kepada bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala.Walaupun ia menceritakan peristiwa yang sama yang disebut dalam banyak karya sastera, pujangga istana Kedah menceritakannya dengan gaya yang berbeza.

Apr 9, 2011

Warna Aura Lambang Keperibadian..

Dalam psikologi sudah diakui bahawa setiap orang mempunyai keperibadian dan karakter tertentu..Warna aura tidak akan menipu siapa diri anda yg sebenarnya..

Warna aura adalah bahagian dari keadaan diri seseorang yg mmbabitkan keperibadian,karakter,,ksihatan dan kejiwaan..

Namun warna ini boleh berubah mengikuti keadaan diri seseorang..Warna aura brkenaan dapat dhuraikan di bawah;;



Merah,,
Berupaya menjadi pemimpin dan mempunyai fokus yg jelas bagi mncapai tujuan..Keburukan mempunyai aura merah adalah sukar bekerja dengan orang lain kecuali masing-masing mndapatkan apa yg diinginkan..Mereka ini suka bertengkar,,ego dan kurang sensitif..


Jingga,,
Orang yg mempunyai aura jingga sukakan kesenangan duniawi,,tentangan,,berkhayal,,membantu orang lain,,menyendiri dan tidak suka dikawal atau dikongkong..Kebaikan aura jingga ialah mereka yg dikategorikan sebagai mempunyai akal yg pnjang dan kreatif..Selain itu mereka amat berani dan mempunyai kebolehan mengetahui siapa dan lawan siapa kwan..Keburukannya adalah terlalu mmentingkan diri sendiri..Lazimnya meraka kurang suka hidup berkeluarga dan lebih gemar hidup brsendirian..


Kuning,,
Orang yang mempunyai suka menyenangkan orang lain,,sukakan humor dan membuat ketawa,,suka mengambil risiko,,seorang yg peka dan penuh prihatin,,stia dan suka kebebasan..Kebaikan aura kuning adalah meraka yg suka bersukan,,sangat prihatin dengan penampilan diri dan mmentingkan kesihatan yg baik..Keburukannya adalah mereka agak pemalu sekiranya berada di kalangan orang yg tdak dkenali..Selain itu,,mereka adalah orang yg suka mmberontak dan tdak mudah berkongsi perasaan dengan orang lain..


Hijau,,
Mempunyai pemikiran yg cepat,,cemerlang dan pandai..Tidak suka dperintah,,suka bersaing dan mempunyai personaliti yg menarik..Tetapi keburukannya adalah orang ini tidak sabar terutama ketika mndengar keluhan hati atau masalah orang lain..Mereka ini terlalu agresif dan berpandangan bahawa semua orang harus setuju dgn pendapatnya..Tidak cenderung untuk mengakui kesalahan yg telah dilakukan..Kebaikan mempunyai aura hijau pula mereka mempunyai keperibadian yg kuat dan dan jarang ada orang yg boleh lawan berdebat dengan mereka..


Biru,,
Kebaikan mempunyai aura biru mereka mampu merasakan dan mengetahui apa yg dfikirkan orang lain..Mereka ini mempunyai ramai kwan kerana mereka ini mudah dsenangi orang lain..Keburukannya adalah mereka trlalu dramatis apabila ia brkaitan dgn soal cinta dan pandai memanipulasi orang lain..


Ungu,,
Seorang yg dinamis dan berkarisma,,mempunyai perasaan penuh ksih syang dan mudah simpati..Selain itu,,mereka meminati muzik dan boleh djadikan sahabat baik..MEREKA IALAH ORANG2 YG SANGAT COMEL..



Apr 8, 2011

Bagaimana Mahu Menghilangkan Malas?..

Masalah ini adalah masalah diri sendiri..Tiada orang lain yg boleh mnolong kcuali dri sendri..Cuba fikir kembali punca kita malas?


Adakah kita malas belajar,,malas mandi atau malas semuanya..Kita perlu brjumpa doktor,,adakah sikap ini ada kaitannya dengan faktor kesihatan ataupun kemurungan..Kemungkinan juga kkita dlamun cinta tnpa balasan..


Setiap manusia yg hidup di dunia ini perlu ada perubahan atau transformasi..Kita juga harus berubah dripada     bersikap malas kepada rajin..Cermin dri dan msa dpan adakah kita tidak mahu berubah dan berbuat apa-apa pada diri sndiri..


Orang yg tidak mahu brubah ibarat orang yg sudah mati yg tidak boleh brbuat apa-apa..Oleh itu,,saya nasihatkan supaya;;


>Fikir msa dpan yg indah..


>Berfikir positif..


>Sayangi diri sndiri..


>Fikir orang lain yg kita sayang..


>Lihat orang lain yg sudah berjaya..


>Muhasabah diri..


= =>dan yg paling berkesan ialah selalu cakap "SAYA AKAN BUAT"..jgn biasakan berkata "NANTILAH SAYA BUAT"..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rangking Fifa Harimau Malaya,,Malaysia....

Barclays Premier League Table..

Liga M..

Football News..