Jul 21, 2011

ExAm Oh ExAm!!~~

Masa aktif


Ada pelajar yang suka belajar di waktu pagi, ada yang suka belajar di waktu malam dan ada pelajar yang suka belajar di waktu petang. Walau apa pun pilihan anda, pastikan masa itu adalah masa yang paling sesuai untuk minda anda mempelajari sesuatu.
Selalunya pelajar suka mendengar nasihat yang terlalu umum seperti masa yang terbaik untuk belajar adalah pada waktu awal pagi atau lewat malam. Sebenarnya, ini semua bergantung kepada masa aktif anda.
Apa yang saya maksudkan dengan masa aktif ialah satu masa di mana anda merasa mudah untuk belajar sesuatu. Masa aktif saya adalah selepas bangun tidur, tidak kira tidur waktu malam atau siang. Jika semasa saya belajar dan mula rasa tidak dapat menyerap apa yang saya pelajari, saya akan berhenti untuk tidur sebentar. Apabila saya bangun, minda saya akan segar semula dan saya akan dapat belajar dengan lebih aktif. Ini adalah cara saya menggunakan masa aktif saya, bagaimana pula dengan anda?

Tabiat buruk yang harus dielakkan


Semasa anda belajar, ada beberapa tabiat buruk yang perlu anda elakkan. Mari kita kongsi bersama satu daripada tabiat buruk ini.
Tabiat buruk yang perlu kita elakkan ialah menyebut perkataan ‘ susah’, ‘pening’ dan ‘tak boleh’. Berdasarkan pengelaman saya, ini adalah perkataan yang sangat digemari oleh pelajar. Baru sahaja cikgu perkenalkan topik baru, mereka dah kata “susah la topik ni cikgu”. Baru sahaja cikgu terangkan tentang topik baru itu, mereka dah kata ” pening la kepala saya cikgu”. Baru sahaja cikgu suruh buat latihan, mereka dah kata “tak boleh buat la cikgu”.
Ini adalah satu tabiat yang sangat buruk. Kita perlu sedar satu perkara. Ada satu bahagian di dalam otak kita yang bergerak balas terhadap arahan kita. Ia akan memastikan  reaksi tubuh badan kita selari dengan apa yang kita arahkan. Contohnya, bila anda katasusah, bahagian otak ini akan bergerak balas dengan membuat tubuh badan anda kelihatan seperti orang susah. Anda akan duduk macam orang susah dan muka anda juga kelihatan susah. Akibatnya, anda benar-benar merasa susah dan tidak mungkin dapat mempelajari topik baru itu.
Jadi, buat permulaan, hindari daripada menyebut perkataan negatif di atas. Walaupun anda merasa susah semasa mempelajari sesuatu topik baru, bersabar dan teruskan usaha. Tarik nafas dalam-dalam dan wujudkan keyakinan dalam diri bahawa anda boleh memahami topik baru itu.

Teknik asas menghafal


Apabila ditanya tentang cara menghafal, pelajar akan terbayangkan nota-nota yang dipenuhi tulisan yang perlu dihafal. Memang susah hendak menghafal, terutamanya jika tulisan-tulisan itu semua sukar untuk dibaca. Ini membuatkan pelajar rasa tidak bersemangat untuk menghafal.
Adakah memang sukar untuk menghafal? Mungkin…. mungkin sukar jika anda tidak tahu caranya yang betul.
Untuk menghafal, anda perlu tahu satu perkara asas. Apakah bahasa memori kita? Bahasa Melayu? Bahasa Inggeris? Bahasa Cina? Atau bahasa India? Untuk mengetahuinya, jawab soalan ini.
Jika saya sebut perkataan kucing, apakah yang terbayang difikiran anda? Adakah perkataan K.U.C.I.N.G. ? atau gambar seekor kucing? Tentu gambar seekor kucing bukan?
Maksudnya, bahasa otak kita adalah ‘gambar’. Disebabkan itu, kita lebih mudah mengingat gambar dari perkara lain seperti tulisan. Jadi, jika anda merasa sukar untuk menghafal, jangan risau. Bukan anda memiliki daya pemikiran yang lemah, tetapi, anda mungkin selama ini cuba menghafal tulisan, bukan gambar.
Apa yang perlu anda fikirkan sekarang ialah, bagaimana caranya untuk anda menukarkan semua nota anda dalam bentuk gambar…

May 14, 2011

Fakta Menarik..(part 2)

~>Canada adalah perkataan Red Indian yang bermaksud “Lembah Besar”
~>Pada tahun 1984, peladang Canada menyewakan badan lembu mereka untuk ruang iklan.
~>0.3% kemalangan jalanraya di Canada membabitkan rusa.
~>Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.
~>Bolivia ada dua ibu negara.
~>Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia, 6,259 km
~>Bandar Calma di Chile tidak pernah langsung menerima hujan
~>Orang Francis makan lebih banyak keju dari negara lain di dunia
~>Ada sebuah tempat di Francis yang bernama “Y”
~>Raja Louis XIX memerintah Perancis selama 15 minit sahaja.
~>Ketinggian Eifel Tower di Perancis sentiasa berubah mengikut suhu.Adakalanya sehingga 6 inci.
~>Lagu kebangsaan Greece ada 158 versi.
~>Orang Bulgaria paling banyak makan yogurt di dunia
~>Belanda telah melaksanakan kempen menentang sikap sumpah menyumpah.Stesen Keretapinya mula meletakkan tanda “Ketinggalan Keretapi? Menyumpah tidak membantu”
~>Belanda adalah satu-satunya negara di dunia yang ada anjing kebangsaan.
~>King George I di England tidak boleh berbahasa Enggeris. Beliau dibesarkan di Jerman.
~>Mesin pengeluaran wang (ATM) mula-mula di cipta di England pada 1965
~>Buku panduan talipon di negara Iceland kadangkala turut memuatkan pekerjaan seseorang. Ini adalah kerana terlalu banyak penduduknya yang memiliki nama yang sama.
~>Sehingga tahun 1997, lebih banyak babi dari manusia di Denmark.
~>Sweden mempuyai kadar kelahiran paling sedikit (1 dlm 100)
~>Komik kartun Donald Duck pernah diharamkan di Finland kerana ia tak pakai seluar.
~>Lithuania adalah negara yg punyai paling banyak orang bunuh diri.
~>Kod talipon untuk Russia ialah ‘ 007 ‘
~>Harga bagi burger McDonald’s Extra Value di Russia sama dengan purata sebulan gaji pekerja Russia
~>Orang Russia menjawab talipon dengan menyebut ‘saya mendengar’
~>Amerika beli Alaska dengan harga 2 sen seekar dari Russia
~>1 dari 5 doktor di seluruh dunia adalah orang Russia
~>Keretapi yg bergerak setiap hari pergi dan balik ke Bombay di India dibuat untuk menampung 1,700 penumpang tetapi ianya di naiki oleh 7000 penumpang setiap perjalanan.
~>Nepal adalah satu-satunya negara yang mempunyai bendera yang bukan empat segi.
~>Setiap perokok di China menghisap 1,800 batang rokok setiap tahun.
~>Lebih banyak orang China yang berbahasa Enggeris dari org Amerika.
~>Berus gigi dicipta di China pada tahun 1498
~>Vatican City adalah negara terkecil di dunia dengan penduduk 1000 orang dan bersaiz 108 ekar.
~>Di Jepun, tembikai berbentuk empat segi.
~>98% mayat di Jepun dibakar.
~>Nombor ‘four’ di Jepun dianggap nombor sial kerana sebutannya dalam bahasa Jepun sama dengan perkataan ‘mati’
~>Ada tempat di Jepun dinamakan ‘O’
~>Pada kurun ke 16, orang Philipina menggunakan ‘yo-yo’ sebagai senjata perang.
~>Nama tempat terpanjang di dunia ialah’Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakpikimaungahoronukupokai-
iwhenuakitanatahu’ iaitu nama sebuah bukit di New Zealand.
~>Pulau terbesar di dunia ialah Greenland.
~>Sotong raksasa mempunyai mata yang terbesar diantara semua binatang.
~>Jika anda letak ikan emas di bilik gelap, ianya akan kelihatan berwarna putih.
~>Siput boleh tidur sehingga 3 tahun.
~>Kebanyakan ayam jantan berkelip sebelah mata saja pada satu satu masa.
~>Seekor kuda punya lebih 18 tulang dari seorang manusia.
~>Tikus tak boleh muntah. Sebab itu racun tikus amat berkesan membunuhnya.
~>Kucing boleh dengar bunyi ultrasound
~>Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat
~>Beruang dewasa boleh berlari sepantas kuda.
~>Air kencing kucing bercahaya dalam gelap
~>Rama-rama terbesar di dunia ialah Queen Alexandra Birdwing di Papua New Guniea, sayapnya lebih kurang 11 inci.
~>Mamalia terkecil di dunia adalah sejenis spesis kelawar di Thailand yang beratnya hanya seberat duit syiling 1 sen.
~>Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.
~>Deria rasa rama-rama di kakinya.
~>Seekor kucing ada 32 otot di setiap telinganya
~>Tapak Sulaiman tak ada otak
~>95 % dari badan obor-obor adalah air.
~>Jantung ikan paus biru hanya berdenyut 9 kali seminit.
~>Panjang lidah sesumpah dua kali panjang dari badannya.
~>Lidah buaya melekat pada lelangit di mulutnya.
~>Ikan jerung boleh mengesan satu bahagian darah dari 100 juta bahagian air.
~>Tapak Sulaiman boleh pusing perutnya keluar.
~>Cacing pita akan makan diri sendiri kalau tak jumpa makanan.
~>Lintah ada empat hidung
~>Burung hantu adalah satu-satunya burung yang boleh lihat warna biru.
~>Penguin adalah satu-satunya burung yang boleh berenang tapi tak boleh terbang.
~>Ngauman singa boleh didengar sehingga jarak 5 batu
~>Kanggaru dan burung emu tak boleh berjalan ke belakang.
~>Kucing ada lebih 100 nada vokal (bunyi), anjing ada sepuluh saja.
~>Tikus mondok boleh menggali lubang sedalam 91 meter ( 300 kaki ) dalam tempoh satu malam.
~>Serangga mengatasi jumlah manusia dgn nisbah 100,000,000 serangga -seorang manusia
~>Sesumpah boleh menggerakkan mata mereka ke arah yg bertentangan pada satu masa.
~>Seekor lembu sepanjang hayatnya memberikan sebanyak 200,000 gelas susu.
~>Bila ikan jerung menggigit, matanya bertukar hitam dan giginya terkeluar.
~>Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang
~>Serangga terbesar yang pernah ada di bumi ialah pepatung yg mempunyai sayap sepanjang 3 kaki.
~>Unta mengunyah makanan dalam bentuk no 8.
~>Ikan Paus Biru adalah binatang terbesar di dunia, panjangnya 100 kaki dan seberat 150 tan. Dinasor terbesar di dunia hanya seberat 110 tan.
~>Kucing, unta dan zirafah berjalan dengan cara kaki kanan, kaki kanan, kaki kiri, kaki kiri.
~>Seekor singa di hutan biasanya membunuh lebih dari 20 mangsa setiap tahun.
~>Lebah madu ada bulu pada matanya.
~>Untuk sampai ke sungai atau tasik dimana belut menghabiskan sebahagian besar hidupnya, ia berenang sehingga 4,827 km tanpa henti.
~>Adalah menyalahi undang-undang membela binatang di Iceland.
~>Siput mengawan hanya sekali dalam hidupnya.
~>Taik ayam keseluruhan hidupnya boleh menghasilkan electrik dan menyalakan mentol lampu 100 watt selama 5 jam.
~>Kalajengking boleh bertahan 200 kali lebih dari manusia jika terkena radiasi bom nuklear.
~>Ulat bulu ada purata 248 otot di kepalanya
~>Anda mungkin boleh mendahului(di depan) seekor lembu ketika menaiki tangga tetapi tak boleh mendahuluinya ketika menuruni tangga… Jangan tanya kenapa, Cuba fikir kenapa??????
~>Kanggaroo tak boleh melompat melainkan ekornya menyentuh tanah dulu.

~>Ikan lumba-lumba tidak bernafas secara automatik, sebaliknya mereka perlu memberitahu diri sendiri supaya bernafas.
~>Kucing boleh tidur sehingga 16-18 jam sehari.
~>Babi boleh menghasilkan banyak produk, antaranya butang, gelas,berus cat, krayon, kapur dan lain-lain.
~>Permaisuri anai-anai boleh hidup sehingga 50 tahun dan melahirkan anak sebanyak 30,000 sehari.
~>Makanan yg paling disukai oleh lipas ialah gam di belakang stem.
~>Ikan tuna berenang pada kelajuan 14 km sejam dan menurut saintis seekor ikan tuna yang berusia 15 tahun biasanya telah berenang sejauh 1,609,000 km.
~>Seekor badak yang dewasa boleh menelan separuh badan buaya yang sebesar 12 kaki panjang.
~>Daripada 4000 spesis mamalia di dunia, 900 darinya adalah spesis kelawar.
~>Anai-anai teransang dengan muzik. Jika anda memasang muzik, anai-anai akan memakan rumah anda 2 kali lebih pantas.
~>Nama Kanggaroo asalnya ialah bila beberapa orang pengembara kulit putih ternampak seekor binatang yang terlompat-lompat, lantas mereka bertanya pada orang asli di sana apa nama binatang tu,Orang asli menjawab ‘Kanguru’ (yang bermaksud ‘tak tahu’)

May 2, 2011

Fakta Menarik..(part 1)

fakta menarik Fakta menarik untuk dikongsi (part 1)

=>Otak manusia mempuyai lebih kurang 100 bilion sel saraf.
=>Saraf berdenyut dari dan ke otak selaju 274km sejam.
=>Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.
=>Apabila anda bersin, seluruh fungsi badan anda berhenti termasuk jantung.
=>Interaksi 72 pelbagai otot diperlukan untuk manusia menghasilkan suara.
=>Secara purata, kelajuan batuk yg keluar dari mulut anda ialah 96 km sejam.
=>Bergantung pada saiz, otot paling kuat di tubuh manusia ialah lidah.
=>Bayi lahir tanpa tempurung lutut hinggalah ia berusia 2-6 tahun.
=>Secara purata, orang yang mempunyai tangan kidal hidup 9 tahun lebih pendek.=>
=>Kanak-kanak membesar lebih cepat pada musim panas.
=>Perut memerlukan 1 jam untuk menghadam susu lembu
=>Orang yang berambut perang punyai lebih banyak rambut dari yang berambut hitam.
=>Jika anda buta sebelah mata, anda hanya kehilangan 1/5 penglihatan, tetapi anda akan hilang langsung deria menjarak.
=>Hidung dan telinga akan terus membesar sehingga anda mati.
=>Purata setiap kulit kepala ada 100,000 helai rambut. (Kecuali orang botak lerr)
=>Purata setiap tahun manusia mengelipkan mata sebanyak 6,205,000 kali
=>Jika diukur panjang bulu mata yang gugur sepanjang hidup seseorang manusia ialah 30 meter.
=>Tengkorak manusia terdiri 29 jenis tulang.
=>Orang Mesir purba mencukur bulu kening mereka untuk berkabung di atas kematian kucing mereka.
=>Setelah anda mati, tubuh anda akan mula mengecut dan ini mencipta satu ilusi seolah-olah rambut dan kuku terus panjang.
=>Rambut dan kuku adalah dari satu bahan yang sama.
=>Seorang manusia boleh menyedut sehingga 4 liter udara, tetapi hanya 5% saja yang digunakan.
=>Luas kulit manusia ialah 6.5 kaki persegi.
=>15 bilion sel darah manusia musnah setiap saat.
=>Buah pinggang menghasilkan insulin.
=>80 peratus tubuh manusia adalah air.
=>Jantung manusia membuat tekanan yang cukup untuk mengepam darah sehingga 30 kaki.
=>Anda dilahirkan dengan 300 tulang. Apabila anda dewasa, anda cuma ada 206 tulang.
=>Tulang peha manusia lebih kuat dari batu konkrit.
=>Jika dicampur, panjang urat dalam seseorang manusia ialah 72 km.
=>Secara purata, setiap jantung manusia mengepam sebanyak 3000 kali sepanjang hayatnya dan mengepam 48 juta galen darah.
=>Dalam sehari, manusia akan bernafas sebanyak 23,040 kali.
=>Darah manusia mengalir sejauh 96,540 km setiap hari.
=>Kapal Titanic bergerak selaju 22 knots ketika ia berlanggar dgn bungkah ais.
=>Air minuman 7-up dicipta pada tahun 1929. ’7′ dipilih kerana pada asalnya ia mengandungi 7 auns air manakala ‘up’ pula kerana buihnya yang naik ke atas.
=>Doktor gigi menasihatkan kita supaya menyimpan berus gigi jauh 6 kaki dari toilet untuk mengelak percikan air jamban tu bila kita flush.
=>Pada zaman Rom purba, orang yang hidungnya bengkok dianggap bakal seorang pemimpin.
=>Diet Coke mula dicipta pada tahun 1982.
=>Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma darah.
=>Buah strawberi ada lebih vitamin C dari buah oren.
=>Sebarang cecair di angkasa berbentuk bulat akibat tekanan graviti
=>Kicap adalah bahan terbaik untuk mencuci loyang.
=>1 hari di planet Pluto bersamaan dengan 1 minggu di bumi.
=>Pasukan polis yg pertama di dunia ditubuhkan di Perancis pd tahun 1667
=>Perang terpendek ialah diantara Zanzibar dan England pada 1896. Zanzibar menyerah kalah selepas 38 minit.
=>Setiap dari kita menghasilkan 3.5 pound sampah setiap hari dan kebanyakannya ialah kertas.
=>Tiada kertas yg boleh dilipat lebih dari 7 kali.
=>Seorang dari 4 rakyat Amerika Syarikat pernah muncul di kaca tv.
=>Rakaman suara yang pertama di dunia dibuat oleh Thomas Edison pada 1877 dan rakamanya ialah’ Mary had a little lamb’
=>Hobi yg paling banyak mengeluarkan duit ialah berkebun.
=>Pokok Oak tidak berbuah melainkan ia telah berusia lebih 50 tahun.
=>Kebanyakan vitamin C pada buah ialah di kulitnya.
=>Pin bowling hanya perlu mengiring 7.5 darjah untuk jatuh.
=>Produk pertama yang menggunakan bar kod ialah Wringleys gum.
=>Raja (King) Heart dalam daun terup satu-satunya raja yang tak ada misai.
=>Kerusi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi.
=>Setiap galen air laut ada 1/4 paun garam
=>American Airlines menjimatkan sebanyak US40,000 pada tahun 1987 dengan tidak lagi meletakkan buah zaitun pada setiap hidangan salad di tempat penumpang kelas 1
=>Kapal terbang Jumbo menggunakan 4,000 galen minyak untuk terbang.
=>Planet Venus adalah satu satunya planet yang berputar mengikut arah jam.
=>CD pertama yang dikeluarkan ialah di US olah Bruce Springsteen (Born in USA)
=>Kanak-kanak belajar tentang hidup lebih banyak dari TV dari yang lain
=>Purata setiap kanak2 menghabiskan waktu selama 28 jam menonton tv, 2 kali lebih banyak dari masa yang dihabiskkan di sekolah.
=>Jika anda kuncikan lutut anda sambil berdiri untuk beberapa jam, anda akhirnya akan pengsan.
=>Novel Tom Sawyer adalah novel pertama yang dihasilkan menggunakan mesin taip.
=>Kebanyakan habuk di rumah adalah dari sel kulit yang dah mati
=>Pemilik pertama Syarikat rokok Malboro mati akibat kanser paru-paru.
=>37,037 didarabkan dengan sebarang nombor dari 1 – 9, kemudian darabkan dengan 3, jawapannya pasti sama dengan nombor yang anda pilih. Misalnya, 37,037 X 4 X 3 = 44444
=>Jika anda darabkan 111,111,111 dengan 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321
=>Perkataan utk polis ‘Cop’ berasal dari perkataan ‘Constable of Patrol’ di England.
=>Perkataan Jepun ‘Karaoke’ bermaksud ‘Orkestra Kosong’
=>Perkataan ‘Good-bye’ asalnya dari perkataan ‘God be with you’
=>‘So Long’ berasal dari perkataan Arab ‘ Salam ‘
=>Nama semua benua bermula dan berakhir dengan huruf A
=>Perkataan ‘checkmate’ berasal dari bahasa parsi ‘shah mat’ yang bermaksud ‘raja dah mati’
=>Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah Mohammad
=>Angkasawan Neil Armstrong mula menjejakkan kaki di bulan dengan kaki kiri.
=>Pemain bola keranjang Micheal Jordan menerima bayaran tahunan dari syarikat kasut Nike lebih banyak dari keseluruhan gaji pekerja kilang Nike di Malaysia.
=>Nama paling panjang di dunia ialah ‘Adolp Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegelsteinhausenbergerdorft Senior’
=>Gunting dicipta oleh Leonardo Da Vinci
=>Nama sebenar Tina Turner ialah Annie Mae Bullock
=>Walt Disney amat takut dengan tikus
=>Bunyi E.T berjalan dibuat dengan meramas agar-agar dalam tangan
=>Gula mula dibubuh dalam Chewing gum oleh seoran doktor gigi, William Semple
=>Kertas dicipta pada abad kedua di China
=>Mengikut buku Guiness Book of Records, restoran yg menyediakan hidangan terpantas di dunia ialah restoran Karne Garibaldi di Guadalajara, Mexico. Pesanan makanan anda akan sampai dalam masa
13 saat.
=>Roller Coaster yang terpantas di dunia ialah di West Millen, Pennsylvania, Amerika dengan kelajuan 129 km sejam.
=>Penaip terpantas di dunia menaip 211 perkataan seminit.
=>Kapal terpantas di dunia seberat 112 tan dan bergerak dlm kelajuan 164 km sejam.
=>Bandaraya moden yang pertama di dunia yg mencapai penduduk 1 juta orang ialah London pada tahun 1811
=>New Zealand adalah negara pertama di dunia yang membenarkan perempuan mengundi.
=>Kebanyakan orang mempunyai tahap IQ 90 – 109, William James Sidis disahkan sebagai manusia yang punyai IQ tertinggi di dunia iaitu diantara 250 – 300. Pada usia 18 bulan beliau boleh membaca akhbar New York times, pada usia 2 tahun dia belajar bahasa latin, pada usia 3 tahun dia belajar bahasa Greek. Setelah dewasa dia boleh menguasai lebih 40 bahasa di dunia. Dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya dengan bertukar kerja dari satu tempat ke satu tempat sebagai
kuli biasa.
=>Angel falls di Venezuela adalah air terjun tertinggi di dunia pada ketinggian 3,212 kaki.
=>Syarikat keretapi India mempunyai perkerja teramai di dunia, iaitu lebih sejuta pekerja.
=>Bunga terbesar di dunia ialah Rufflesia, membesar sehingga 10 kaki.
=>Pokok terbesar di dunia ialah sejenis pokok yang bernama ‘The General Sherman Tree’. di Sequola National Park. Setinggi 275 kaki dan 37 kaki lebar.
=>Olympus Mons, sebuah gunung berapi yang terdapat di planet marikh adalah gunung berapi yang terbesar yang pernah dijumpai di cakrawala. Seluas 595 km dan setinggi 24 km.
=>Jupiter, planet ke lima dari matahari, adalah planet terbesar sekali. Ianya dua kali ganda lebih besar dari gabungan kesemua planet yg lain.
=>Kura-kura terbesar yang pernah ditemui ialah seberat 2,016 paun.
=>Objek terbesar yang pernah ditemui dalam loji pembentungan Los Angeles, Amerika ialah sebuah motosikal.
=>Misai terpanjang di dunia ialah 133 1/2 inci yg dimiliki oleh Kalyan Ramji Sain.
=>Permainan Monopoly yang paling lama ialah selama 660 jam.
=>Pada suhu 40%C, seseorang akan kehilangan 14.4 kalori dengan bernafas.
=>3000 dari 1 juta rakyat Amerika menjadi penghisap rokok setiap tahun. Kebanyakan darinya adalah kanak-kanak.
=>Jika anda cuba untuk mengira jumlah keseluruhan bintang yang ada dilangit dengan kadar 1 bintang satu saat, anda memerlukan masa 3000 tahun untuk mengira kesemuanya.
=>Purata setiap orang akan menghabiskan masa selama 2 minggu dari keseluruhan hidupnya untuk menunggu lampu trafic bertukar.
=>Lebih 2500 orang yang tangan kidal mati di seluruh dunia akibat menggunakan peralatan utk tangan kanan.
=>Hanya 1 dari 2 billion manusia yang akan hidup lebih dari 116 tahun.
=>Anda berkongsi hari jadi bersama-sama 9 juta orang lain di seluruh dunia.
=>Lebih kurang 0.7 % penduduk dunia mabuk setiap detik.
=>Purata kita tidur 24 tahun dari keseluruhan hidup kita
=>Janggut manusia mengandungi 7000 hingga 15,000 bulu.
=>Rambut, 70% lebih mudah digunting jika ianya direndam dulu dengan air suam selama 2 minit.
=>Peningkatan jumlah kereta di dunia 3 kali lebih banyak dari jumlah kadar kelahiran manusia.
=>Filem animasi Tarzan, dibuat oleh seramai 1,175 pelukis animasi dan mengambil masa 3 tahun untuk siap.
=>Secara purata, seseorang manusia menelan 8 labah-labah sepanjang hidupnya.
=>Kira-kira 17% manusia adalah tangan kidal. Sama seperti gorila dan chmpanzees.
=>Menghantuk kepala anda ke dinding akan membakar kalori sebanyak 150 sejam.
=>Purata setiap wanita menggunakan 6 paun gincu sepanjang hidupnya.
=>Bagi setiap seorang manusia, ada satu juta semut.
=>Berat bau ialah lebih kuang 760 nanograms.
=>Bumi mengalami 50,000 kali gempa bumi setiap tahun
=>Memandu dengan kelajuan 121 km sejam, anda memerlukan masa selama 258 hari untuk mengelilingi lingkaran planet saturn.
=>Beg udara di kereta akan meletup pada kelajuan 322 km sejam.
=>1/3 penyakit kanser ada kaitan dengan matahari.
=>Ada 1000 kimia dalam secawan kopi.
=>7 bilion kabus diperlukan untuk memenuhi satu sudu teh
=>Berat Bungkah ais batu di kutub di dunia ialah 20 juta tan.
=>Purata setiap manusia meludah sebanyak 25,000 kali sepanjang hidupnya, boleh memenuhi dua buah kolam renang.
=>Otak anda seberat 3 paun, semuanya air kecuali 10 aun.
=>Jika anda bahagikan tanah di bumi kepada semua manusia, secara purata setiap manusia akan dapat 100 kaki persegi.
=>Purata setiap orang membuat 1,140 panggilan talipon setahun.
=>Di abad pertama, 1/3 penduduk dunia memeluk Islam
=>75% surirumah di Amerika Syarikat menguruskan kewangan di rumah
=>1/4 dari tulang anda adalah di kaki
=>Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat dari kuku kaki.
=>Bersin anda dikeluarkan dengan kelajuan 161 km sejam.
=>Berat bumi ialah 6,588,000,000,000,000,000,000,000,000 tan
=>Purata setiap orang bermimpi 1,460 kali setahun
=>Mimpi adalah dalam hitam putih dan bukan berwarna
=>Purata setiap orang ketawa 15 kali sehari
=>Sejak 3500 tahun, darinya hanya 230 tahun saja dunia aman tanpa perang.
=>Manusia bergayut di talipon purata 2 tahun dari sepanjang hidupnya
=>Apabila gelas pecah, kelajuan serpihannya yang berterbangan ialah 427 km sejam.
=>Pada 1980, Hospital Las Vegas menggantung pekerjanya yang bertaruh bila seseorang pesakit itu akan mati.
=>Di Utah, adalah menyalahi undang – undang jika bersumpah di hadapan mayat.
=>1 dari 7 orang di Manhattan berjalan kaki ke pejabat.
=>Kacang adalah salah satu dari bahan di dalam dynamite.
=>Sekarang ada 6 bilion penduduk dunia, pada tahun 1900 cuma ada 1.6 bilion sahaja.
=>Planet Neptune belum lagi melengkapkan putarannya mengelilingi matahari sejak ia mula ditemui pada 1846. Oleh kerana ia mengambil masa 155 tahun untuk melengkapkan pusingan, ianya hanya akan
berlaku pada tahun 2011
=>Lagu kebangsaan yang paling pendek ialah Jepun dengan hanya 4 baris perkataan.

Apr 11, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa..


Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.


Sejarah Hikayat Merong Mahawangsa..
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.



Beberapa unsur Pensejarahan Melayu Tradisional Dalam HMM..

Pengarang karya sastera sejarah tradisional menggunakan berbagai-bagai unsur mitos dan lagenda untuk dijadikan sebagai bukti subjektif dalam penulisannya. Bila hikayat itu menceritakan tentang sesuatu yang lebih dekat dengan zaman kini, barulah bukti objektif seperti unsur realiti dan sejarah sebenar dipakai.
Dalam HMM kita bertemu dengan berbagai-bagai unsur mitos yang berasal daripada pengaruh Hindu dan juga setempat. Pengaruh-pengaruh yang berbeza juga dipertentangkan supaya ternampak yang satu lebih mengatasi yang lain. Burung geroda, binatang mitis hindu kenderaan Visynu dipertentangkan dengan kuasa Allah menerusi Nabi Allah Sulaiman. Unsur mitos Hindu dan animisme seperti gajah sakti, anak raja yang ditemui dalam buluh betung dan dalam sungai, mitos asal usul tempat dan lain-lain semuanya dikemukakan dengan cara yang teratur dan bertujuan memberikan asal usul raja Kedah gambaran yang agung dan gemilang.
Cerita-cerita di sekitar Raja Bersiung adalah contoh penggemblengan unsur mitos Hindu dan unsur perlambangan untuk memberikan asal usul raja-raja Kedah suatu pewarnaan keagungan dan kehebatan.
Penggemblengan unsur realiti dan mitos tergambar dalam gaya pengarang menceritakan bagaimana terjalinnya perhubungan antara Kedah dengan Siam. Dengan cara yang menarik, pengarang tidak menafikan bahawa Siam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari Kedah dan mengaku Kedah menghantar bunga mas dan perak kepada Siam. Tetapi pujangga istana Kedah menjelaskan peristiwa-peristiwa ini berlaku dengan pendekatannya yang tersendiri tanpa menjejaskan kedaulatan negeri Kedah.
Telah dijelaskan dari awal bahawa perhubungan antara negeri Kedah dengan Siam adalah berasaskan ikatan kekeluargaan antara adinda bongsu dengan kekanda sulung. Dengan mudah dapat diterima mengapa permaisuri Raja Bersiong dan menteri keempat meminta bantuan dari Siam bila menghadapi masalah mencari orang yang sesuai untuk dijadikan raja, menggantikan Raja Bersiong.
Pengarang tidak mengatakan Raja Siam terus membantu tetapi Raja Siam berunding dengan ahli nujum dan meminta pihak ketiga, iaitu gajah sakti, untuk menyelesaikan masalah itu. Dengan menggunakan unsur-unsur yang wujud dalam sistem kepercayaan masyarakat, pengarang menyatakan tugasnya sebagai pujangga istana yang bertanggungjawab.
Keunggulan HMM makin terserlah dalam pengisahan kedatangan Islam ke negeri Kedah dan proses penyesuaian dari amalan menyembah berhala kepada bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala.Walaupun ia menceritakan peristiwa yang sama yang disebut dalam banyak karya sastera, pujangga istana Kedah menceritakannya dengan gaya yang berbeza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rangking Fifa Harimau Malaya,,Malaysia....

Barclays Premier League Table..

Liga M..

Football News..