Jul 21, 2011

ExAm Oh ExAm!!~~

Masa aktif


Ada pelajar yang suka belajar di waktu pagi, ada yang suka belajar di waktu malam dan ada pelajar yang suka belajar di waktu petang. Walau apa pun pilihan anda, pastikan masa itu adalah masa yang paling sesuai untuk minda anda mempelajari sesuatu.
Selalunya pelajar suka mendengar nasihat yang terlalu umum seperti masa yang terbaik untuk belajar adalah pada waktu awal pagi atau lewat malam. Sebenarnya, ini semua bergantung kepada masa aktif anda.
Apa yang saya maksudkan dengan masa aktif ialah satu masa di mana anda merasa mudah untuk belajar sesuatu. Masa aktif saya adalah selepas bangun tidur, tidak kira tidur waktu malam atau siang. Jika semasa saya belajar dan mula rasa tidak dapat menyerap apa yang saya pelajari, saya akan berhenti untuk tidur sebentar. Apabila saya bangun, minda saya akan segar semula dan saya akan dapat belajar dengan lebih aktif. Ini adalah cara saya menggunakan masa aktif saya, bagaimana pula dengan anda?

Tabiat buruk yang harus dielakkan


Semasa anda belajar, ada beberapa tabiat buruk yang perlu anda elakkan. Mari kita kongsi bersama satu daripada tabiat buruk ini.
Tabiat buruk yang perlu kita elakkan ialah menyebut perkataan ‘ susah’, ‘pening’ dan ‘tak boleh’. Berdasarkan pengelaman saya, ini adalah perkataan yang sangat digemari oleh pelajar. Baru sahaja cikgu perkenalkan topik baru, mereka dah kata “susah la topik ni cikgu”. Baru sahaja cikgu terangkan tentang topik baru itu, mereka dah kata ” pening la kepala saya cikgu”. Baru sahaja cikgu suruh buat latihan, mereka dah kata “tak boleh buat la cikgu”.
Ini adalah satu tabiat yang sangat buruk. Kita perlu sedar satu perkara. Ada satu bahagian di dalam otak kita yang bergerak balas terhadap arahan kita. Ia akan memastikan  reaksi tubuh badan kita selari dengan apa yang kita arahkan. Contohnya, bila anda katasusah, bahagian otak ini akan bergerak balas dengan membuat tubuh badan anda kelihatan seperti orang susah. Anda akan duduk macam orang susah dan muka anda juga kelihatan susah. Akibatnya, anda benar-benar merasa susah dan tidak mungkin dapat mempelajari topik baru itu.
Jadi, buat permulaan, hindari daripada menyebut perkataan negatif di atas. Walaupun anda merasa susah semasa mempelajari sesuatu topik baru, bersabar dan teruskan usaha. Tarik nafas dalam-dalam dan wujudkan keyakinan dalam diri bahawa anda boleh memahami topik baru itu.

Teknik asas menghafal


Apabila ditanya tentang cara menghafal, pelajar akan terbayangkan nota-nota yang dipenuhi tulisan yang perlu dihafal. Memang susah hendak menghafal, terutamanya jika tulisan-tulisan itu semua sukar untuk dibaca. Ini membuatkan pelajar rasa tidak bersemangat untuk menghafal.
Adakah memang sukar untuk menghafal? Mungkin…. mungkin sukar jika anda tidak tahu caranya yang betul.
Untuk menghafal, anda perlu tahu satu perkara asas. Apakah bahasa memori kita? Bahasa Melayu? Bahasa Inggeris? Bahasa Cina? Atau bahasa India? Untuk mengetahuinya, jawab soalan ini.
Jika saya sebut perkataan kucing, apakah yang terbayang difikiran anda? Adakah perkataan K.U.C.I.N.G. ? atau gambar seekor kucing? Tentu gambar seekor kucing bukan?
Maksudnya, bahasa otak kita adalah ‘gambar’. Disebabkan itu, kita lebih mudah mengingat gambar dari perkara lain seperti tulisan. Jadi, jika anda merasa sukar untuk menghafal, jangan risau. Bukan anda memiliki daya pemikiran yang lemah, tetapi, anda mungkin selama ini cuba menghafal tulisan, bukan gambar.
Apa yang perlu anda fikirkan sekarang ialah, bagaimana caranya untuk anda menukarkan semua nota anda dalam bentuk gambar…

May 14, 2011

Fakta Menarik..(part 2)

~>Canada adalah perkataan Red Indian yang bermaksud “Lembah Besar”
~>Pada tahun 1984, peladang Canada menyewakan badan lembu mereka untuk ruang iklan.
~>0.3% kemalangan jalanraya di Canada membabitkan rusa.
~>Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.
~>Bolivia ada dua ibu negara.
~>Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia, 6,259 km
~>Bandar Calma di Chile tidak pernah langsung menerima hujan
~>Orang Francis makan lebih banyak keju dari negara lain di dunia
~>Ada sebuah tempat di Francis yang bernama “Y”
~>Raja Louis XIX memerintah Perancis selama 15 minit sahaja.
~>Ketinggian Eifel Tower di Perancis sentiasa berubah mengikut suhu.Adakalanya sehingga 6 inci.
~>Lagu kebangsaan Greece ada 158 versi.
~>Orang Bulgaria paling banyak makan yogurt di dunia
~>Belanda telah melaksanakan kempen menentang sikap sumpah menyumpah.Stesen Keretapinya mula meletakkan tanda “Ketinggalan Keretapi? Menyumpah tidak membantu”
~>Belanda adalah satu-satunya negara di dunia yang ada anjing kebangsaan.
~>King George I di England tidak boleh berbahasa Enggeris. Beliau dibesarkan di Jerman.
~>Mesin pengeluaran wang (ATM) mula-mula di cipta di England pada 1965
~>Buku panduan talipon di negara Iceland kadangkala turut memuatkan pekerjaan seseorang. Ini adalah kerana terlalu banyak penduduknya yang memiliki nama yang sama.
~>Sehingga tahun 1997, lebih banyak babi dari manusia di Denmark.
~>Sweden mempuyai kadar kelahiran paling sedikit (1 dlm 100)
~>Komik kartun Donald Duck pernah diharamkan di Finland kerana ia tak pakai seluar.
~>Lithuania adalah negara yg punyai paling banyak orang bunuh diri.
~>Kod talipon untuk Russia ialah ‘ 007 ‘
~>Harga bagi burger McDonald’s Extra Value di Russia sama dengan purata sebulan gaji pekerja Russia
~>Orang Russia menjawab talipon dengan menyebut ‘saya mendengar’
~>Amerika beli Alaska dengan harga 2 sen seekar dari Russia
~>1 dari 5 doktor di seluruh dunia adalah orang Russia
~>Keretapi yg bergerak setiap hari pergi dan balik ke Bombay di India dibuat untuk menampung 1,700 penumpang tetapi ianya di naiki oleh 7000 penumpang setiap perjalanan.
~>Nepal adalah satu-satunya negara yang mempunyai bendera yang bukan empat segi.
~>Setiap perokok di China menghisap 1,800 batang rokok setiap tahun.
~>Lebih banyak orang China yang berbahasa Enggeris dari org Amerika.
~>Berus gigi dicipta di China pada tahun 1498
~>Vatican City adalah negara terkecil di dunia dengan penduduk 1000 orang dan bersaiz 108 ekar.
~>Di Jepun, tembikai berbentuk empat segi.
~>98% mayat di Jepun dibakar.
~>Nombor ‘four’ di Jepun dianggap nombor sial kerana sebutannya dalam bahasa Jepun sama dengan perkataan ‘mati’
~>Ada tempat di Jepun dinamakan ‘O’
~>Pada kurun ke 16, orang Philipina menggunakan ‘yo-yo’ sebagai senjata perang.
~>Nama tempat terpanjang di dunia ialah’Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakpikimaungahoronukupokai-
iwhenuakitanatahu’ iaitu nama sebuah bukit di New Zealand.
~>Pulau terbesar di dunia ialah Greenland.
~>Sotong raksasa mempunyai mata yang terbesar diantara semua binatang.
~>Jika anda letak ikan emas di bilik gelap, ianya akan kelihatan berwarna putih.
~>Siput boleh tidur sehingga 3 tahun.
~>Kebanyakan ayam jantan berkelip sebelah mata saja pada satu satu masa.
~>Seekor kuda punya lebih 18 tulang dari seorang manusia.
~>Tikus tak boleh muntah. Sebab itu racun tikus amat berkesan membunuhnya.
~>Kucing boleh dengar bunyi ultrasound
~>Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat
~>Beruang dewasa boleh berlari sepantas kuda.
~>Air kencing kucing bercahaya dalam gelap
~>Rama-rama terbesar di dunia ialah Queen Alexandra Birdwing di Papua New Guniea, sayapnya lebih kurang 11 inci.
~>Mamalia terkecil di dunia adalah sejenis spesis kelawar di Thailand yang beratnya hanya seberat duit syiling 1 sen.
~>Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.
~>Deria rasa rama-rama di kakinya.
~>Seekor kucing ada 32 otot di setiap telinganya
~>Tapak Sulaiman tak ada otak
~>95 % dari badan obor-obor adalah air.
~>Jantung ikan paus biru hanya berdenyut 9 kali seminit.
~>Panjang lidah sesumpah dua kali panjang dari badannya.
~>Lidah buaya melekat pada lelangit di mulutnya.
~>Ikan jerung boleh mengesan satu bahagian darah dari 100 juta bahagian air.
~>Tapak Sulaiman boleh pusing perutnya keluar.
~>Cacing pita akan makan diri sendiri kalau tak jumpa makanan.
~>Lintah ada empat hidung
~>Burung hantu adalah satu-satunya burung yang boleh lihat warna biru.
~>Penguin adalah satu-satunya burung yang boleh berenang tapi tak boleh terbang.
~>Ngauman singa boleh didengar sehingga jarak 5 batu
~>Kanggaru dan burung emu tak boleh berjalan ke belakang.
~>Kucing ada lebih 100 nada vokal (bunyi), anjing ada sepuluh saja.
~>Tikus mondok boleh menggali lubang sedalam 91 meter ( 300 kaki ) dalam tempoh satu malam.
~>Serangga mengatasi jumlah manusia dgn nisbah 100,000,000 serangga -seorang manusia
~>Sesumpah boleh menggerakkan mata mereka ke arah yg bertentangan pada satu masa.
~>Seekor lembu sepanjang hayatnya memberikan sebanyak 200,000 gelas susu.
~>Bila ikan jerung menggigit, matanya bertukar hitam dan giginya terkeluar.
~>Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang
~>Serangga terbesar yang pernah ada di bumi ialah pepatung yg mempunyai sayap sepanjang 3 kaki.
~>Unta mengunyah makanan dalam bentuk no 8.
~>Ikan Paus Biru adalah binatang terbesar di dunia, panjangnya 100 kaki dan seberat 150 tan. Dinasor terbesar di dunia hanya seberat 110 tan.
~>Kucing, unta dan zirafah berjalan dengan cara kaki kanan, kaki kanan, kaki kiri, kaki kiri.
~>Seekor singa di hutan biasanya membunuh lebih dari 20 mangsa setiap tahun.
~>Lebah madu ada bulu pada matanya.
~>Untuk sampai ke sungai atau tasik dimana belut menghabiskan sebahagian besar hidupnya, ia berenang sehingga 4,827 km tanpa henti.
~>Adalah menyalahi undang-undang membela binatang di Iceland.
~>Siput mengawan hanya sekali dalam hidupnya.
~>Taik ayam keseluruhan hidupnya boleh menghasilkan electrik dan menyalakan mentol lampu 100 watt selama 5 jam.
~>Kalajengking boleh bertahan 200 kali lebih dari manusia jika terkena radiasi bom nuklear.
~>Ulat bulu ada purata 248 otot di kepalanya
~>Anda mungkin boleh mendahului(di depan) seekor lembu ketika menaiki tangga tetapi tak boleh mendahuluinya ketika menuruni tangga… Jangan tanya kenapa, Cuba fikir kenapa??????
~>Kanggaroo tak boleh melompat melainkan ekornya menyentuh tanah dulu.

~>Ikan lumba-lumba tidak bernafas secara automatik, sebaliknya mereka perlu memberitahu diri sendiri supaya bernafas.
~>Kucing boleh tidur sehingga 16-18 jam sehari.
~>Babi boleh menghasilkan banyak produk, antaranya butang, gelas,berus cat, krayon, kapur dan lain-lain.
~>Permaisuri anai-anai boleh hidup sehingga 50 tahun dan melahirkan anak sebanyak 30,000 sehari.
~>Makanan yg paling disukai oleh lipas ialah gam di belakang stem.
~>Ikan tuna berenang pada kelajuan 14 km sejam dan menurut saintis seekor ikan tuna yang berusia 15 tahun biasanya telah berenang sejauh 1,609,000 km.
~>Seekor badak yang dewasa boleh menelan separuh badan buaya yang sebesar 12 kaki panjang.
~>Daripada 4000 spesis mamalia di dunia, 900 darinya adalah spesis kelawar.
~>Anai-anai teransang dengan muzik. Jika anda memasang muzik, anai-anai akan memakan rumah anda 2 kali lebih pantas.
~>Nama Kanggaroo asalnya ialah bila beberapa orang pengembara kulit putih ternampak seekor binatang yang terlompat-lompat, lantas mereka bertanya pada orang asli di sana apa nama binatang tu,Orang asli menjawab ‘Kanguru’ (yang bermaksud ‘tak tahu’)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rangking Fifa Harimau Malaya,,Malaysia....

Barclays Premier League Table..

Liga M..

Football News..